Duit Senyap?

Friday, September 9, 2011


'Salam 1Malaysia, Yi ge, Oray Malaysia'



          Dalam perjalananku pulang dari kerja, ramai yang bertanya kepadaku apa kebenda duit senyap tu?sebelum ni duit tu bising ke?getus si Hamid...Ooo mungkin sebelum ni banyak duit syiling.. tu yang bising tuuu.. skrg ni dia dah ada banyak duit kertas!!senyap je la duit tuu!!celah si Gayah... ak hanya mampu tersenyum melihat telatah dua orang kawan baikku ni..=)

          Mungkin anda juga ada pelbagai persepsi apabila cuba mentafsir makna di sebalik duitsenyap dot com...beri sahaja apa jua persepsi..saya tidak pernah kisah!!tapi yang penting biarlah persepsi itu satu bentuk yang positif!!bukan negatif..

          Bagi saya duit senyap cukup sinonim dengan usahawan dan jutawan yang lahir pada hari ini tetapi kemunculam mereka tidak disedari masyarakat..kenapa?kerana mereka cukup "low profile "...mereka tidak bermegah2 dan boros dengan duit yang bnyak sebaliknya sentiasa berjimat-cermat. Tidak sombong dengan duit yang banyak tetapi sentiasa mencari jalan untuk menyalur kewangan ke arah kebajikan...hebat kan?

          Lihat sahaja Pak Bakar yang berniaga susah payah di pasar malam. Mempunyai gerai yang agak usang dan buruk.Hanya menjual air kelapa dan tebu..Dia tidak pernah peduli apa pandangan masyarakat, yang penting hidupnya tenang dan bisnesnya cukup cemerlang...Seolah2 seperti tiada keuntungan, tetapi apabila dilihat jumlah simpanannya di bank mencecah hampir jutaan ringgit...pehh!!

          Ini lah yang dikatakan duit senyap..tiada siapa yang tahu betapa kencangnya duit Pak Bakar..sama ada jiran mahu pun saudara terdekat...tp Pak Bakar terus menjalankan hidupnya seperti biasa..berniaga bersungguh2 dan mengharapkan hartanya yang banyak itu mampu menjadi bekalan di hari kemudian dengan banyak "trading" hartanya dengan amalan kebajikan..

          Anda bagaimana?bercita2 untuk menjadi jutawan senyap?


regards,
khair
http://DuitSenyap.com

1 comments:

ZIk said...

mahu juga jadi jutawan senyap.... tapi belum masih lagi mencapai tahap tersebut..hehe... banyak usaha yang harus dilakukan...